1,088 permit sembelihan luar dikeluarkan di N Sembilan sempena Aidiladha

Shopee Sale

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) mengeluarkan 1,088 permit sembelihan luar dan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) untuk pelaksanaan ibadah korban di seluruh negeri ini sempena Aidiladha.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata ia membabitkan 2,233 lembu, 488 kambing atau bebiri dan 56 kerbau.

“Selain masjid dan surau, proses penyembelihan bagi penyempurnaan ibadah korban ini turut dijalankan di beberapa lokasi lain seperti tempat awam, kawasan persendirian dan rumah sembelihan dengan lembu merupakan haiwan tertinggi untuk ibadah korban iaitu mencecah 80 peratus,” katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

Beliau turut menasihatkan semua penganjur ibadah korban di setiap peringkat supaya mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan, JPVNS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam bagi menjamin keselamatan makanan.

“Semoga dengan pematuhan kepada peraturan tersebut dapat menjadikan amalan ibadah korban disempurnakan dengan lancar,” katanya.

MENARIK:  401 projek naik taraf klinik, fasiliti kesihatan sedang disiapkan

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular