1MDB, pegawai bank tak pernah subahat tipu Najib – saksi

Shopee Sale

Pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beberapa pegawai bank tidak pernah bersubahat untuk menipu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta rakyat Malaysia berhubung pelaburan syarikat itu, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Penguasa Kanan Nur Aida Ariffin, 37, berkata demikian ketika menyangkal dakwaan peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman dan bekas Ketua Pegawai Kewangannya Azmi Tahir telah merancang sandiwara dengan pegawai bank BSI & Aabar Investments PJS Ltd untuk menipu Najib bahawa wang pelaburan 1MDB akan masuk semula ke dalam syarikat itu pada 2014.

Wan Azwan Aiman: Azmi dan Mohd Hazem, kedua-duanya memegang jawatan tinggi dalam 1MDB dan mereka tahu sebenarnya dana 1MDB untuk pelaburan di luar negara kononnya dipegang oleh Brazen Sky Ltd. Ini hanyalah sandiwara kerana ia tidak wujud.

Nur Aida: Tidak setuju

Wan Azwan Aiman: Ini adalah satu penipuan yang dirancang oleh mereka untuk memberi ilusi bahawa pelaburan dalam portfolio terbabit telah ditebus.

Nur Aida: Tidak setuju.

Wan Azwan Aiman: Dengan bantuan pegawai bank BSI dan Aabar, mereka berjaya merancang sandirawa itu untuk menyakinkan Datuk Seri Najib serta orang ramai bahawa wang pelaburan 1MDB telah ditebus.

Nur Aida: Tidak setuju.

Saksi pendakwaan ke-49 itu juga tidak bersetuju dengan cadangan sebab sebenar 1MDB memohon pembiayaan daripada Deutsche Bank adalah untuk memberi gambaran kepada Najib bahawa syarikat berkenaan telah menebus pelaburannya di luar negara.

Pada 16 Nov 2021, Azmi yang juga saksi pendakwaan ke-12 telah memberi keterangan bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low memberi taklimat kepada Najib untuk tidak terlalu banyak bercakap mengenai 1MDB berhubung pelaburan yang dibuat kepada Brazen Sky Ltd semasa pertemuan beliau dengan firma audit KPMG Malaysia.

MENARIK:  3 pegawai polis ditahan bantu siasatan kes pemerasan

Brazen Sky Ltd adalah sebuah Syarikat Bertujuan Khas (SBK) yang ditubuhkan oleh Jho Low dan sekutunya pada 12 Julai 2012 untuk mendapatkan kembali wang pelaburan 1MDB.

Menurut Azmi, Najib turut mempersoal tindakan KPMG yang masih membangkitkan syak wasangka terhadap 'aset asas' pelaburan Brazen Sky apabila Bank BSI sendiri telah menunjukkan penyata pelaburan semasa pertemuan dengan firma audit itu.

Sementara itu, pada prosiding hari ini Nur Aida mengaku beliau tidak merujuk beberapa dokumen kepada Najib yang kononnya ditandatangani oleh bekas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung pinjaman sebanyak US$975 juta diperoleh daripada Deustche Bank semasa rakaman percakapan bekas Perdana Menteri berkenaan sepanjang siasatannya.

Nur Aida berkata meskipun tidak pernah merujuk dokumen itu, beliau tahu Najib telah menandatanganinya berdasarkan soal siasat terhadap Mohd Hazem.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular