20 Mei sebutan semula kes bunuh Bella

Shopee Sale

Mahkamah Majistret di Batu Pahat hari ini menetapkan 20 Mei ini sebagai sebutan semula kes seorang lelaki yang didakwa membunuh teman wanitanya, Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali sebagai Bella, untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Suhaila Shafi'uddin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid memaklumkan masih menunggu arahan lanjut Pejabat Pendakwaan Negeri Johor kerana terdapat perkembangan baharu daripada polis.

Pada prosiding itu, peguam Syahril Anuar Harun yang mewakili tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 25, memohon tarikh lebih singkat atau sekitar dua minggu kerana sebutan kes untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi telah ditangguhkan dua kali iaitu pada Mac dan April lepas.

Pada 24 Jan lepas, Mohammad Haikal didakwa membunuh Mila Sharmilah, 32, antara 11 malam 14 Dis hingga 5.30 pagi, 15 Dis tahun lepas, di antara Jalan Kelapa Bali, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, Kampung Parit Besar, dan juga di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah di Batu Pahat.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

MENARIK:  Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas

Sebelum ini, media melaporkan Bella yang juga ibu tunggal dua anak itu gagal dihubungi selepas didakwa keluar rumah dengan menaiki kereta teman lelakinya untuk ke kedai dobi pada 11.50 malam, 14 Dis tahun lepas.

Pada 19 Jan lepas, polis menemukan rangka manusia tidak lengkap di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani selepas dipandu arah oleh seorang daripada suspek utama kes kehilangan Bella.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular