2025 buka tirai dengan kelahiran bayi Generasi Beta

Shopee Sale

Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta).

Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).

Di NEGERI SEMBILAN, sebanyak 20 kelahiran bayi tahun baharu dilaporkan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban setakat 1.30 tengah hari tadi.

Menurut data yang dikeluarkan HTJ daripada jumlah itu 14 adalah bayi perempuan termasuk dua pasangan kembar yang dilahirkan awal pagi tadi.

Di PAHANG, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan menyambut kelahiran 10 bayi lelaki dan sembilan bayi perempuan pada tahun baharu setakat 11 pagi tadi, dengan kelahiran terawal seorang bayi lelaki yang direkodkan pada 12.12 tengah malam.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang memaklumkan selain HTAA, hospital daerah Temerloh, Bentong dan Lipis turut merekodkan masing-masing dua kelahiran manakala di Raub, Pekan dan Cameron Highlands masing-masing mencatatkan satu kelahiran.

Di PUTRAJAYA, tiga bayi lelaki dan tiga bayi perempuan seberat antara 2.51 kilogram hingga 3.85 kilogram selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya.

Sementara itu di PERLIS, pengurusan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dalam kenyataan memaklumkan lima bayi lelaki dan seorang bayi perempuan dilahirkan setakat 1 tengah hari tadi.

MENARIK:  Angka kematian di Gaza hampiri 33,000

Di MELAKA, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata seorang bayi perempuan dan tiga bayi lelaki termasuk oleh seorang ibu warga asing dilahirkan di Hospital Melaka bermula tengah malam hingga 8 pagi tadi.

"Tahniah diucapkan kepada semua ibu dan bapa yang menyambut kelahiran anak mereka pada tahun baharu 2025 ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular