23 kes strok haba direkodkan setakat ini – KKM

Shopee Sale

Sebanyak 23 kes strok haba dilaporkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak awal tahun ini hingga Isnin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Dalam sidang media selepas majlis Ops Kebersihan Dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2024 di sini hari ini, beliau berkata kes berkenaan dilaporkan di Kedah, Perak, Selangor, Sabah, Perlis dan Pahang.

“Kalau ikutkan keseluruhan untuk strok haba ini, buat masa sekarang kita ada sejumlah 23 kes dan ini berdasarkan (kes) yang datang ke fasiliti kita,” katanya.

Daripada jumlah kes dilaporkan, Dr Muhammad Radzi berkata hanya satu kes di Langkawi melibatkan pesakit dirujuk ke unit rawatan rapi (ICU).

“Ada satu kes masuk ke ICU sehingga memerlukan bantuan pernafasan tetapi dia dapat diselamatkan sebab dia datang awal,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan diri daripada terdedah secara terus dengan cahaya matahari kerana cuaca ketika ini panas.

“Apa yang penting sekarang ini mengenai strok haba adalah ia sesuatu yang kita dapat elakkan. Formulanya senang sahaja iaitu kita perlu mengelakkan terdedah kepada haba tersebut.

MENARIK:  Kempen boikot boleh lahirkan masyarakat kreatif, kata pensyarah

“Katakanlah kita terpaksa juga pergi, anda kena mengambil langkah sebaiknya seperti guna payung, pakai baju yang menutupi badan semuanya,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular