3 pegawai polis ditahan bantu siasatan kes pemerasan

Shopee Sale

Tiga pegawai kanan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung satu laporan melibatkan kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata tiga pegawai itu berpangkat asisten komisioner (ACP), deputi superintendan (DSP) dan inspektor berusia antara 38 tahun hingga 50 tahun.

Katanya mereka ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

"Satu kertas siasatan telah dibuka dan berdasarkan siasatan awal, semua suspek menafikan terbabit dalam kes berkenaan," katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Razarudin berkata laporan polis dibuat pada jam 9.20 malam semalam, namun dia enggan mengulas lanjut.

Menurutnya permohonan reman terhadap semua suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat esok.

Tambah Razarudin, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua hukuman, jika sabit kesalahan.

Dia juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

MENARIK:  Remaja hilang 20 hari ditemukan selamat

"Polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan sedang giat mengumpul maklumat risikan serta bukti secukupnya bagi memastikan kesemua yang terbabit dibawa ke muka pengadilan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular