5 wanita serang janda didakwa rampas suami orang

Shopee Sale

Lima wanita berusia antara 16 hingga 62 tahun ditahan polis kerana disyaki menyerang seorang wanita 36 tahun di kawasan parkir sebuah hotel di Tawau, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa diserang ketika hendak masuk ke keretanya, yang keempat-empat tayar didapati pancit.

Serangan itu menyebabkannya cedera di muka, belakang dan kepala. 

"Susulan daripada kejadian tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa, pihak Polis berjaya menahan kelima-lima suspek yang terlibat dengan kes berkenaan,” katanya.

Berdasarkan maklumat dari media sosial Polis Tawau, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi.

Bagaimanapun media melaporkan bahawa kejadian itu berpunca apabila mangsa yang berstatus janda dituduh merampas suami orang.

Mangsa mendakwa kekasihnya masih bujang.

Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

MENARIK:  KJ: Isu Asia Mobiliti jejas 'kelebihan moral' Yeoh

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular