7 penunjuk perasaan pro-Palestin himpun dekat kedutaan AS ditahan

Shopee Sale

Polis menahan tujuh penunjuk perasaan pro-Palestin yang berkumpul berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pagi ini.

Salah seorang ahli kumpulan kecil itu, yang enggan dikenali memberitahu Malaysiakini mereka berkumpul selama kira-kira sejam berhampiran pintu belakang kedutaan tersebut.

"Mula-mula mereka minta kami beralih ke bawah jalan supaya kami tidak berada betul-betul di hadapan pintu kedutaan kerana mereka kata kami berada di hadapan rumah seseorang.

"Kami patuh dan berdiri di hadapan kawasan kosong. Mereka mengambil gambar dan merakam kami," kata individu tersebut.

Tambahnya, ketika mereka cuba bersurai, polis meminta kad pengenalan dan mereka kemudian ditahan serta dibawa ke IPD Pudu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Mohammad Lazim Ismail mengesahkan polis menahan beberapa individu kerana berhimpun namun enggan mengulas lanjut, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi.

MENARIK:  Kes pemerdagangan manusia babit ahli politik: Polis kesan 'Datuk Seri'

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular