823 syarikat swasta tandatangan perjanjian jaminan bank dengan KKM

Shopee Sale

Sebanyak 823 syarikat telah menandatangani perjanjian jaminan bank dengan Kementerian Kesihatan (KKM) setakat Februari lepas, bagi membolehkan pekerja asing mereka mendapatkan kemudahan perubatan di klinik dan hospital KKM.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata perjanjian itu dilakukan di bawah ‘Prosedur Permohonan Mendapatkan Kemudahan Rawatan Pesakit Dalam di Hospital KKM’ dengan menggunakan surat jaminan syarikat dan Penyediaan Jaminan Bank.

“Melalui perjanjian ini syarikat swasta yang terlibat perlu membayar jaminan bank berdasarkan bilangan pekerja, sebagai contoh syarikat swasta perlu mengadakan jaminan bank berjumlah RM2,500 jika bilangan pekerjanya mencapai 200 orang.

“Sekiranya bil perubatan tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, potongan jaminan bank akan dilaksanakan untuk menjelaskan bayaran bil tertunggak terlibat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Ibrahim yang ingin tahu sama ada KKM akan memperkenalkan prosedur baharu terhadap pesakit warga asing yang menerima rawatan di klinik dan hospital kerajaan.

Lukanisman berkata pihaknya sedang meneliti semula prosedur penetapan deposit dan jaminan bank dari segi kadar dan tatacara kutipan agar jumlahnya mencukupi untuk membiayai kos perubatan warganegara asing.

Sementara itu beliau berkata kadar kutipan yuran di hospital pada tahun lepas mencatatkan RM268 juta bagi pesakit warganegara dan RM257 juta kutipan daripada pesakit warga asing.

MENARIK:  Banjir kilat landa Selangor, Negeri Sembilan

“Bagi kedatangan pesakit pada tahun lepas pula, dalam kalangan warganegara jumlahnya menjangkau 23,197,731 orang dengan mencatatkan 96.89 peratus, manakala bukan warganegara pula mencatatkan 72,078 orang kemasukan dengan catatan 3.11 peratus,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahmad mengenai jumlah warga asing yang menerima di hospital kerajaan dicatatkan pada tahun lepas.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular