Abang Jo belum bincang dengan PM mengenai pengganti Mutang

Shopee Sale

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak hanya akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai jawatan Yang Dipertua Dewan Negara selepas selesai memberi penghormatan kepada mendiang Datuk Mutang Tagal.

“Kita beri penghormatan dulu kepada mendiang kemudian apabila sudah selesai baru kita akan berbincang mengenai jawatan itu,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Mutang di Miri hari ini.

Mendiang yang merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Mas (1982-1990) dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 pada 19 Feb lepas menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan susulan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Mutang meninggal dunia pada 11.46 pagi Jumaat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada usia 69 tahun.

Menurut Abang Johari, kerajaan Sarawak bersimpati dengan kehilangan seorang tokoh anak Sarawak yang telah banyak berjasa kepada wilayah itu dan kepada Malaysia.

“Bagi pihak kerajaan Sarawak dan rakan-rakan Kabinet kami mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya.

Jasad mendiang dibawa pulang ke Miri menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Subang pada 8 pagi.

MENARIK:  ULASAN | Menyanggah Mufti Perlis dalam polemik 'kafir'

Dari Lapangan Terbang Miri, jasad beliau yang diiringi oleh pengiring PDRM kemudian tiba di Borneo Evangelical Mission (BEM) Airport Road Church pada 11.20 pagi untuk majlis penghormatan terakhir.

Jasad mendiang Mutang akan dibawa ke BEM Canada Hill Church pada 9 pagi esok bagi majlis penghormatan sebelum dibawa ke Perkuburan SIB Lambir untuk dikebumikan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular