‘Ada keperluan tambah baik undang-undang keselamatan negara'

Shopee Sale

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kini terdapat keperluan untuk menambah baik akta yang berkaitan dengan keselamatan negara bagi memastikan bahawa keselamatan negara ini lebih terjamin daripada unsur dan pengaruh luar.

Anwar berkata perkara itu diserahkan kepada kebijaksanaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan bagi menambah baik undang-undang berhubung keselamatan negara yang sedia ada.

"Saya serah kebijaksanaan kepada PDRM, ATM dan agensi penguat kuasa lain, sekiranya ada elemen-elemen yang harus dimasukkan, yang belum cukup kuat dalam undang-undang negara.

“...satu hal kita tidak boleh terima adalah mengizinkan negara menjadi medan dan gelanggang bagi puak melampau," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Malaysia Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) di Putrajaya hari ini.

Sementara itu perdana menteri berkata langkah mencegah dan menangani keganasan turut dilaksanakan di peringkat antarabangsa bagi menjamin keselamatan negara masing-masing terutama daripada serangan kumpulan pengganas.

"Kita sama-sama menyokong tumpuan dan percubaan untuk memastikan wujud kerjasama yang berkesan antara negara dan apabila Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi Asean tahun depan, saya pasti akan memberikan sokongan ini, bahawa perlu ada kerjasama yang lebih baik dalam kalangan negara-negara Asean," katanya.

MENARIK:  Anwar ziarah bekas bendahari Abim di hospital

Anwar berkata ini penting bagi mewujudkan pendekatan yang lebih berkesan untuk memerangi keganasan kerana pengganas hari ini menggunakan senjata dan strategi yang sangat canggih, disokong oleh pembiayaan yang ketara dan usaha intelektual.

Dia berkata matlamat mereka adalah untuk memenangi hati dan minda bakal pengikut sambil mendatangkan kemudaratan yang besar kepada mereka yang dianggap musuh.

Malaysia sedang bersiap sedia untuk menerajui kepimpinan Asean, menggantikan Laos menjelang akhir 2024 dan seterusnya menganjurkan mesyuarat Asean sepanjang 2025.

-Bernama


News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular