Ada kes perlu masa – PM ulas OKU diserang

Shopee Sale

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata terdapat kes-kes memerlukan masa dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat penilaian terlalu awal.

"Ya kadang-kadang proses ambil masa, saya secara peribadi ambil tahu hal sedemikian sama ada kes melibatkan OKU atau biasa.

"Tapi saya nak ingatkan di sini kadang-kadang kita hukum sebelum siasatan atau sebelum keputusan siasatan yang mesti dirujuk kepada AG (peguam negara) yang akhirnya memutuskan.

"Sama ada untuk didakwa atau tidak berdasarkan fakta, mestilah AG," katanya kepada wartawan di luar Masjid Darussalam di Puchong hari ini.

Anwar ditanya mengenai kes melibatkan pemandu e-hailing OKU, Ong Ing Keong yang diserang oleh anggota polis yang mengiringi Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di luar sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Mei.

Pada 5 September, Ong bersama Lawyers for Liberty (LFL) menyerahkan memorandum dan rakaman kamera dashcam serangan itu kepada Pejabat Perdana Menteri.

Antara lain, memorandum itu mendesak perdana menteri menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas mengenai insiden tersebut.

MENARIK:  Anwar: Saya tak mahu jadi PM tapi lindungi perasuah

LFL juga menunjukkan pihak polis menyatakan kertas siasatan telah diserahkan dua kali kepada pendakwa raya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular