Adam bidas Fadhli: Gegak-gempita tak buahkan hasil

Shopee Sale

Pemuda PKR (AMK) menegaskan bahawa kerajaan bersikap terbuka dan bersedia dicabar di Dewan Rakyat bagi membuktikan keabsahan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Adam Adli membidas Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari yang mendakwa Anwar tidak bersikap anak jantan apabila ahli parlimen kerajaan diikat dengan perjanjian terlebih dahulu sebelum usul percaya dibentangkan pada Dis 2022.

"Dalam soal membuktikan keberanian politik, seperti yang dibangkitkan oleh YB Fadhli, berapa kali harus Anwar menyatakan sikap dan keterbukaan beliau?

"Di pihak kerajaan, sudah pun kita memberi respon kepada usul Dewan Pemuda sebelum ini; jika ada hasrat untuk mendesak PMX melepaskan jawatan, sila bawa ke Dewan Rakyat, bukan hanya di Dewan Pemuda atau sidang muktamar.

"Tiada siapa yang berselindung di sebalik sebarang keterikatan yang menjerat seperti yang cuba digambarkan Fadhli," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Malam tadi Anwar mencabar pemimpin PAS supaya membawa usul undi tidak percaya ke Parlimen jika mahu mendesak dia meletak jawatan.

Cabaran Anwar itu disahut oleh PAS yang menyifatkan usul undi tidak percaya dalam keadaan sekarang tidak menjadikan Anwar seorang anak jantan.

Ahmad Fadhli berkata, semua ahli parlimen kerajaan diikat dengan perjanjian terlebih dulu semasa usul undi percaya dibawa ke Dewan Rakyat dua tahun lalu.

Dia merujuk kepada usul yang dibentangkan Fadillah Yusof dan Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Dis 2022 iaitu tiga minggu selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

MENARIK:  Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun, kata Puad

Usul berkenaan diluluskan secara undian suara majoriti.

Mengulas lanjut, Adam berkata persefahaman sejak awal membawa kepada penubuhan kerajaan hari ini yang jelas adalah berasaskan rundingan terbuka diikuti rapat oleh semua pemerhati sejak hari pertama.

"Diabsahkan juga menerusi undi percaya di Dewan Rakyat. Jika masih tidak yakin dan perlu ulang tayang, sila usulkan semula di Dewan Rakyat dalam persidangan akan datang.

"Gegak-gempita tanpa tindakan wajar tidak membawa sebarang hasil. Hanya riuh dan hingar untuk menimbulkan suasana bingit dalam medan politik tempatan.

"Atau mudahnya kita simpulkan sahaja bahawa serangan-serangan yang dituju sekarang tidak lain hanya atas dasar mahu terus berpolitik tanpa sudah," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular