Adun DAP tangguh program kewarganegaraan lepas terima kecaman

Shopee Sale

Program taklimat dan penerangan kewarganegaraan anjuran Pusat Khidmat DUN Stulang yang dijadualkan pada 30 Jun ini ditangguhkan selepas menerima kecaman.

Ini selepas poster program bertajuk “Permohonan Kewarganegaraan” dalam bahasa Melayu dan Cina itu tular di media sosial dengan dakwaan parti itu mahu memberi kerakyatan kepada warga asing.

Adun Stulang, Andrew Chen berkata taklimat berkenaan sebenarnya diadakan bagi menangani isu individu tidak memiliki status kewarganegaraan atau sijil kelahiran akibat kecuaian ibu bapa dan sebab-sebab lain.

Bagaimanapun katanya, penganjuran program itu menimbulkan salah faham orang ramai selepas posternya ditularkan.

"Oleh itu, program taklimat dan penerangan kewarganegaraan yang dijadualkan pada 30 Jun nanti, kini ditangguhkan," katanya kepada Harian Metro.

Menjelaskan lebih lanjut, Andrew merujuk kes di mana ada bapa rakyat Malaysia dan ibu warga asing dengan perkahwinan tidak sah taraf serta tidak dapat didaftarkan di Malaysia.

"Anak yang lahir pula tidak mempunyai sijil kelahiran, ibu tidak dapat dikesan. Akibatnya anak tidak dapat bersekolah, sukar mencari pekerjaan tetap, tidak layak memiliki kenderaan juga lesen memandu dan ia seterusnya dibimbangi akan membawa kepada masalah sosial.

"Dalam taklimat itu akan disediakan senarai dokumen yang diperlukan bagi setiap kes selain penerangan untuk merujuk kepada jabatan yang terbabit yang perlu dikunjungi bagi menyelesaikan isu berkenaan," katanya.

MENARIK:  Dakwaan pedofilia di MRSM Tumpat: Polis alu-alukan sebarang maklumat

Sementara itu Chen yang juga Setiausaha DAP meminta tiada sebarang spekulasi liar disebarkan berikutan salah faham itu.

"Diharap tiada pihak menimbulkan sebarang spekulasi kerana ia berpunca daripada salah faham yang telah timbul dari tajuk poster kami itu," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular