AG bantah permohonan Daim, isteri untuk batalkan beku akaun

Shopee Sale

Peguam Negara akan mengemukakan bantahan berhubung permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Daim Zainuddin dan keluarganya bagi mengembalikan dan membatalkan tindakan membekukan akaun bank mereka.

Peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mewakili Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan kerajaan, memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai perkara itu hari ini.

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh kemudiannya menetapkan 8 Ogos untuk mendengar permohonan Daim dan keluarga bekas menteri kewangan itu bagi memulakan prosiding semakan kehakiman.

Sekiranya kebenaran diberikan, mahkamah akan menetapkan tarikh berasingan untuk mendengar hujahan lisan pihak-pihak berkaitan.

Pada 6 Jun lalu, Daim dan 23 pemohon lain termasuk isterinya Na'imah Abdul Khalid, empat anaknya dan 18 syarikat memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman.

18 syarikat tersebut ialah AAD Equity Sdn Bhd, Yayasan Haji Zainuddin, Ilham Baru Sdn Bhd, Anchor Point Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Adrihaniz Sdn Bhd, Syarikat Malur Sdn Bhd, Amiraz Sdn Bhd, Ridana Sdn Bhd, Daan Sdn Bhd, Maya Seni Holdings Sdn Bhd, Magical Zone Sdn Bhd, Permatang Maju (M) Sdn Bhd, Brainstorms Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Gajah3 Resource Centre Sdn Bhd, Ilham Tower Sdn Bhd, dan Selidik Jaya Sdn Bhd.

Selain Anwar dan SPRM, permohonan kebenaran semakan kehakiman itu menamakan empat lagi responden termasuk ketua pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dan kerajaan persekutuan.

Menurut afidavit sokongan yang difailkan Na'imah, pemohon berkata mereka terjejas secara negatif dalam skala makro dan mikro disebabkan keputusan dan tindakan responden, termasuk menyita dan membekukan akaun mereka.

"Saya menyatakan bahawa segala keputusan-keputusan, tindakan-tindakan dan/atau kata-kata oleh Responden-Responden yang dinamakan dalam tindakan ini, merupakan satu perkara yang disengajakan untuk menyasarkan saya dan keluarga saya, dengan mengatakan bahawa Pemohon-Pemohon merupakan suatu keluarga yang korup di mana kami telah membuat kekayaan dengan cara yang salah di sisi undang-undang.

MENARIK:  Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas tali gantung

"Saya telah dinasihati oleh peguamcara saya dan saya sesungguhnya percaya dan menyatakan bahawa segala keputusan-keputusan, tindakan-tindakan dan/atau kata-kata oleh Responden Ke-4 adalah untuk tujuan kolateral politik (‘political collateral purposes’) semata-mata," kata Na'imah.

Dia menegaskan sehingga hari ini, mereka tidak didakwa di mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLACFT).

Daim dan pemohon lain memohon pelbagai relif, antaranya untuk mengisytiharkan bahawa pembekuan akaun bank mereka adalah tidak sah kerana melanggar hak perlembagaan mereka dan didorong oleh mala fide (niat jahat).

Mereka memohon perintah mandamus untuk membatalkan tindakan membekukan akaun bank mereka serta ganti rugi am.

Daim dan Na'imah menghadapi pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan harta mereka.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular