AG diberi tempoh hingga Sept putuskan representasi Zahid

Shopee Sale

Mahkamah Rayuan memberi tempoh sehingga 9 Sept kepada Peguam Negara (AG) untuk memutuskan sama ada mahu meneruskan atau menarik balik rayuan mereka dalam kes pembebasan Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes rasuah membabitkan sistem Visa Luar Negara (VLN).

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hadhariah Syed Ismail memberikan tempoh tersebut kerana pihak pendakwaan masih berkira-kira sama ada menerima dua representasi daripada timbalan perdana menteri itu atau sebaliknya.

Representasi pertama Ahmad Zahid dihantar ke Jabatan Peguam Negara pada Jan tahun lalu sebelum yang kedua dikemukakan pada bulan lalu.

Hadhariah memberitahu timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar, sebarang representasi yang dihantar mesti mempunyai jawapan, dengan hari ini ditetapkan untuk pendengaran rayuan pihak pendakwaan untuk membatalkan pembebasan Zahid.

Terdahulu Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan pasukan pembelaan Ahmad Zahid untuk menangguhkan perbicaraan supaya pendakwa boleh meneliti representasi dikemukakan tertuduh.

Mohd Dusuki berkata mereka tidak mempunyai bantahan terhadap penangguhan tersebut.

AG sebelum ini merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2022 untuk melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah yang dikaitkan dengan VLN.

Menerusi rayuan itu, pihak pendakwaan memohon agar Presiden Umno berkenaan diperintahkan membela diri.

Menurut Mohd Dusuki, pihaknya perlukan masa yang bersesuaian bagi meneliti serta mengkaji representasi dikemukakan Ahmad Zahid.

Hadhariah kemudian mengingatkan, panel rayuan telah menghabiskan masa berhari-hari untuk meneliti ribuan halaman rekod rayuan serta penghujahan bertulis dalam kes tersebut sebagai persediaan perbicaraan hari ini.

MENARIK:  Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Hari Vaisakhi, Tahun Baru Tamil

Terdahulu hari ini, peguam bela Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah, antara sebab mereka memohon penangguhan itu ialah kerana Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat tengah hari ini.

Seorang lagi peguam bela, Hamidi Mohd Noh, menambah mereka memohon penangguhan kerana baru sahaja menerima hujahan rayuan bertulis pihak pendakwaan pada Khamis minggu lalu.

Katanya pasukan pembelaan memerlukan lebih masa untuk meneliti hujahan bertulis yang banyak oleh pihak pendakwa.

Selain Hadhariah, dua lagi hakim yang bersidang bersama hari ini ialah Azman Abdullah dan SM Komathy.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular