AG masih pertimbang representasi ketiga Rosmah minta gugur pertuduhan

Shopee Sale

Peguam Negara (AG) masih mempertimbangkan surat representasi ketiga Rosmah Mansor bagi pengguguran 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.

Peguambelanya Amer Hamzah Arshad memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa mereka masih belum menerima jawapan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung representasi itu.

"Mengenai isu representasi, tiada jawapan setakat hari ini. Kami tidak mahu menangguhkan perkara itu (mendengar permohonan Rosmah untuk membatalkan pertuduhan).

"Kami ingin meneruskan penghujahan," kata peguam itu kepada Hakim K Muniandy.

Amer (gambar atas) kemudian membentangkan hujahan lisannya tentang mengapa pertuduhan itu harus dibatalkan kerana didakwa tidak berasas.

Peguam itu berkata pertuduhan berkenaan tidak dirangka dengan betul dalam butirannya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, menyebabkan Rosmah keliru untuk mengetahui apa sebenarnya dakwaan kesalahan yang dituduhnya.

"Cara pertuduhan dirangka tidak mendedahkan sebarang kesalahan di bawah undang-undang," kata Amer sambil diperhatikan Rosmah dari kandang tertuduh.

Perbicaraan mengenai permohonan Rosmah membatalkan pertuduhan itu disambung semula pada 23 Ogos, dengan seorang lagi peguambelanya Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dijangka mengemukakan hujah perlembagaan tentang bagaimana hak asasi isteri bekas perdana menteri itu dilanggar oleh pertuduhan yang tidak dirangka dengan betul.

Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib pula dijangka mengemukakan hujahan sanggahan pada hari itu bagi menafikan permohonan menggugurkan pertuduhan tersebut dan meneruskan perbicaraan penuh Rosmah.

Sebelum ini, perbicaraan penuh kes itu sudah pun bermula 24 Ogos tahun lalu, dengan pendakwa berhujah bahawa dia membuat deposit yang besar walaupun tidak bekerja secara bergaji.

Pihak pendakwa raya masih mempertimbangkan surat representasi Rosmah yang ketiga selepas surat yang pertama dan kedua, masing-masing dihantar pada 3 Mei dan 18 Ogos tahun lepas juga belum diputuskan oleh AGC.

Rosmah, 72, sedang dibicarakan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima kesalahan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kesalahan itu dikatakan dilakukan di Affin Bank Berhad, cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat bawah, 148 Jalan Ampang, Kuala Lumpur, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017, dan pejabat LHDN di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim , KL, antara 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.

MENARIK:  Zahid adakan mesyuarat tertutup dengan 14 ketua Umno bahagian Kelantan

Rosmah memfailkan notis usul itu pada 4 Okt 2020, memohon agar dia dilepas dan dibebaskan daripada kesemua 17 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Sebelum ini, Rosmah turut disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes rasuah yang dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuannya kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan bersalah serta hukuman penjara dan denda.

Rayuan kes solarnya ditetapkan untuk didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Okt.

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular