AGC teliti cadangan batal kontrak sewaan Black Hawk untuk TDM

Shopee Sale

Pejabat Peguam Negara (AGC) telah memberikan maklum balas kepada Kementerian Pertahanan berkaitan cadangan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya akan membincangkan di peringkat kementerian berhubung tindakan selanjutnya.

"AGC beri semua kemungkinan, kalau dibatalkan macam mana, kalau tidak dibatalkan apa perlu kita lakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu di Jelebu hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias merangkap Ketua Umno Bahagian Jelebu.

Mohamed Khaled sebelum ini dilaporkan berkata kementeriannya sedang mendapatkan maklum balas daripada AGC berhubung cadangan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk TDM.

Media turut melaporkan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata TDM mengusulkan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk TDM kepada Kementerian Pertahanan, susulan kelewatan penghantaran pertama helikopter berkenaan.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan mempunyai peranancangan berkenaan pasukan tentera pengaman di Lubnan sekiranya konflik di negara itu meruncing.

MENARIK:  PH Johor: Apakah ahli PAS 'dikembiri' lagi untuk PRK DUN Mahkota?

"Kita ada peranancangan sekiranya konflik peperanangan merebak di negara itu iaitu termasuk membawa pulang anggota kita, bagaimanapun ia memerlukan persetujuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya menambah lebih 800 pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM yang membentuk Batalion Malbatt 850-11 melaksanakan misi pengaman dan kemanusiaan di Lubnan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular