AGC tolak representasi lelaki gugur tuduhan buat hantaran jelik hina Islam

Shopee Sale

Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan seorang jurutera teknologi maklumat bagi menggugurkan pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik menghina agama Islam berhubung isu homoseksual di Facebooknya pada bulan Januari tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memberitahu perkara itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali pada sebutan kes hari ini bagi memaklumkan status representasi yang dikemukakan Ahmad Feisal Mohd Kamil, 62, pada Mei lepas, selain memohon supaya tarikh perbicaraan ditetapkan.

Peguam Alvin Ku yang mewakili Ahmad Feisal mengesahkan perkara itu.

Siti Aminah kemudian menetapkan tarikh perbicaraan kes pada 14 hingga 16 Okt ini.

Pada 21 Nov tahun lepas, Ahmad Feisal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di akaun Facebook ‘Feisal Kamil’ pada 12.17 tengah hari, 10 Jan 2023.

Pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ di Wangsa Maju pada 1.45 tengah hari, 12 Jan 2023.

MENARIK:  Enam MP Bersatu sokong Anwar masih kekal wakil rakyat, kata speaker

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular