Agihan kerusi: BN bebas bagi cadangan, PH akan putuskan nanti

Shopee Sale

BN boleh mengemukakan cadangan dan memohon untuk bertanding di mana-mana kerusi yang kini disandang oleh PH sebagai percaturan mereka untuk PRU akan datang.

Pun begitu kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin, sama ada ia dipersetujui atau sebaliknya bergantung kepada perbincangan dan kesepakatan pemimpin PH.

Dia yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menjelaskan, PH menghormati pandangan dan cadangan dikemukakan BN namun belum masanya untuk diputuskan.

"Perkara ini kita tak perlu dibincangkan buat masa ini tetapi pada masa sama kita hormati pandangan BN. Itu permintaan dia.

"Sama ada kita nak terima tak, PH akan putuskan kemudian.

"Sekarang kita kena fokus kepada cara bagaimana nak memperkukuhkan perpaduan dalam kerajaan untuk menghadapi pilihan rakyat akan datang," katanya kepada Malaysiakini.

Azman berkata demikian semasa diminta mengulas isu pembahagian kerusi di antara BN dan PH khususnya melibatkan Wilayah Persekutuan. BN melalui pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan agar parti itu diberi laluan bertanding di lima daripada 13 kerusi parlimen Wilayah Persekutuan.

Ketika ini PKR dan DAP masing-masing menguasai lima kerusi berkenaan, diikuti setiap satu lagi BN (Titiwangsa), bebas (Labuan) dan PN (Putrajaya).

DAP lebih awal menjelaskan mereka tidak akan berkompromi dan menyerahkan kerusi yang sedang mereka wakili sekarang iaitu Kepong, Cheras, Bukit Bintang, Seputeh dan Segambut.

MENARIK:  Muhyiddin: Pengharaman komik 'Superman Hew' bukan dibuat sewenangnya

Ahli Parlimen yang memberikan reaksi kepada cadangan Ahmad Zahid itu ialah Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok (Seputeh), Penasihat DAP Kebangsaan Tan Kok Wai (Cheras), dan Bendahari Agung DAP Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Menurut Azman, buat masa ini PH akan mengekalkan semua kerusi yang dimenanginya pada 2022 lalu.

Katanya lagi, terlalu awal untuk membincangkan pembahagian kerusi buat masa ini bahkan ia tidak dilakukan oleh PH sendiri.

"Jadi tak timbul soal kita nak bagi atau tak nak bagi," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular