Agong: Saya sanjung keringat dan pengorbanan seorang ayah

Shopee Sale

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada insan bergelar bapa bersempena Hari Bapa yang disambut hari ini.

Sebagai bapa, Sultan Ibrahim bertitah baginda memahami tanggungjawab serta perananan penting seorang bapa serta pengorbanan mereka dalam mencari rezeki untuk keluarga.

“Kepada semua para bapa yang cekal mencari rezeki untuk keluarga, saya sanjungi keringat serta pengorbanan anda semua.

“Saya sebagai bapa turut memahami tanggungjawab serta perananan penting seorang bapa bagi membentuk kehidupan anak-anak.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga sentiasa merahmati Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Paduka Sultan Seri Perak Sultan Idris Shah II,” titah Sultan Ibrahim di laman Facebook rasmi seri paduka baginda.

Hari Bapa disambut pada tarikh yang berbeza di pelbagai negara.

Di Malaysia, Hari Bapa disambut pada Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan bergelar bapa.

MENARIK:  Meta biadab, turunkan ucapan takziah pembunuhan Ismail Haniyeh - PM

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular