'Ahli GISBH, isteri dan anak ikuti pemulihan sukarela dapat elaun harian'

Shopee Sale

Bagi menarik ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) menyertai program pemulihan secara sukarela, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan majlis serta jabatan agama Islam negeri memberi elaun harian kepada ahli, isteri dan anak-anak mereka yang menghadiri program pemulihan itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Zulkifli Hasan berkata latihan kemahiran turut diberikan kepada mereka yang mengikuti program sukarela ini bagi memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup.

“Seperti kita maklum, kita mempunyai modul komprensif merangkumi aspek pendidikan, kewangan, latihan kemahiran, namun persoalannya mengapa bilangan tampil masih rendah dan kita juga maklum bahawa program ini bersifat sukarela.

“Namun bagi anak-anak yang masih berada di rumah perlindungan, kita teruskan program persekolahan, sekali gus memastikan mereka dapat mengikuti ajaran Islam sebenar,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli Hasan

Zulkifli menjawab soalan tambahan Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang ingin mengetahui usaha dilakukan untuk menarik lebih ramai ahli GISBH menghadiri program pemulihan secara sukarela memandangkan terdapat fatwa tentang penyelewengan ajaran GISBH.

Dia berkata ahli GISBH yang mengikuti program pemulihan sukarela ini adalah mereka yang tidak mempunyai kesalahan jenayah, manakala ahli GISBH yang telah ditahan perlu menjalani program pemulihan secara khusus oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia, dengan kerjasama Jakim.

Zulkifli berkata bagi memulihkan akidah pemimpin dan pengikut GISBH yang terpesong dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerajaan telah melancarkan program rehabilitasi selama 90 hari secara sukarela kepada seluruh ahli GISBH.

MENARIK:  Banjir di Jitra: Bomba selamatkan wanita sarat mengandung

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jakim dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (Mais), jabatan agama Islam negeri dan MKN negeri telah memulakan projek rintis pada 7 Nov di rumah pemulihan MAIS dengan mengguna pakai modul Istitabah MAIS.

“Penilaian akan dilaksanakan setiap 30 hari selepas sesi pemulihan dilaksanakan. Berasaskan projek rintis ini, JAKIM dengan kerjasama MKN dan pelbagai agensi akan menjalankan program pemulihan dengan modul yang komprehensif.

“Ia meliputi aspek pemulihan akidah dan syariah, pendidikan, kaunseling, kesihatan, kenegaraan dan juga latihan kemahiran untuk persediaan kelangsungan hidup selepas kembali ke pangkuan masyarakat,” katanya.

-Bernama


News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular