Ahli GISBH mengaku tak bersalah ugut bekas ahli

Shopee Sale

Seorang ahli perniagaan yang juga anggota Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita pada 9 Sept lepas.

Tertuduh Mohamad Riza Makar, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Afiq Hasan.

Mohamad Riza didakwa telah menakutkan secara jenayah seorang wanita berusia 25 tahun dengan niat menyebabkan kegentaran, di tempat letak kenderaan di Presint 4, di Putrajaya, kira-kira 10 malam pada 9 Sept.

Tertuduh yang mempunyai tiga isteri dan 10 anak itu didakwa menggugut wanita berkenaan dengan mengatakan “kita tunggu, kami tahu dekat mana rumah, suami dan keluarga” dengan niat hendak menyebabkan kegentaran supaya wanita itu yang juga bekas ahli GISBH, menarik balik laporan polis yang dibuatnya.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman manakala tertuduh diwakili peguam Zulfikri Ulul Azmin.

Terdahulu, Mohd Sabri mencadangkan wang jaminan RM30,000 dengan dua orang penjamin tempatan bersama syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati atau menghubungi pengadu (wanita), menyerahkan pasport kepada mahkamah, dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan.

Bagaimanapun, Zulfikri merayu mahkamah agar menetapkan suatu wang jaminan pada kadar munasabah dengan hujahan ugutan tersebut berbentuk ringan sahaja dan bukan kesalahan serius dan jumlah RM30,000 itu adalah di luar kemampuan tertuduh.

MENARIK:  Isham cabar Mat Hasan bertanding presiden lawan Zahid

Sementara itu, tertuduh memohon kepada mahkamah supaya mengurangkan wang jaminannya kerana isterinya baru melahirkan anak selain, perlu menyediakan wang perbelanjaan bagi keperluan anak-anaknya.

Ahmad Afiq kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin dengan wang RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat bahawa tertuduh tidak boleh mengganggu, menghampiri dan menghubungi pengadu sepanjang perbicaraan kes berlangsung selain dikehendaki lapor diri pada minggu pertama setiap bulan di balai polis.

Mahkamah menetapkan 18 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular