Ahmad Fadhli disaran beri dana buat MP Kepala Batas upah penyelidik

Shopee Sale

Ahli Parlimen PAS Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari disarankan menyumbang dana untuk rakan separtinya, Siti Mastura Muhammad bagi mengupah penyelidik, berbanding menawarkan dana untuk Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mengupah penterjemah.

Ahli Parlimen Kepong DAP Lim Lip Eng berkata Siti Mastura yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas itu lebih layak menerima tawaran sumbangan RM300 sebulan yang ditawarkan Ahmad Fadhli.

“Pembiayaan ini boleh membantunya (Siti Mastura) mengelak daripada membuat dakwaan tidak berasas, seperti dakwaan hubungan keluarga antara Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan pemimpin komunis Chin Peng.

“Adalah jelas bahawa dia akan menjadi penerima yang lebih layak menerima RM300.

“Bak kata pepatah, amal bermula dari rumah,” kata Lip Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, di tengah-tengah kontroversi melibatkan Kok berkaitan cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran yang tidak menghidangkan daging babi atau alkohol, pemimpin DAP itu menyalahkan terjemahan bagi kenyataannya.

Semakan Malaysiakini sendiri berdasarkan kenyataan bahasa Cina asal dan terjemahan bahasa Melayu mendapati perkataan yang dipertikaikan, iaitu "memalukan" adalah tepat.

Sebagai tindak balas kepada dakwaan Kok, Ahmad Fadhli secara sinis berkata jika kerajaan menyediakan dana pembangunan kawasan pilihan raya kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional, dia akan menderma RM300 sebulan kepada Kok.

Kata Ahmad Fadhli, ia bagi membantu Kok dalam kerja penterjemahan ke Bahasa Melayu.

Lip Eng bagaimanapun mencadangkan agar Ahmad Fadhli membantu Siti Mastura dengan mengupah penyelidik untuk menjalankan kajian sebelum membuat dakwaan.

Dalam ucapannya tahun lalu, Siti Mastura mendakwa beberapa pemimpin DAP mempunyai pertalian darah dengan pemimpin komunis, yang ternyata bersumberkan risalah pilihan raya.

MENARIK:  Mahkamah Persekutuan dengar rayuan batal saman LFL pada 17 Mei

"Sebagai pemegang PhD, dia sepatutnya lebih berhati-hati dalam bergantung pada sumber yang tidak disahkan - atau dalam kata lain kisah dongeng - terutamanya memandangkan ketiadaan nama pengarang, ISBN atau penerbit yang boleh dikenal pasti," kata Lip Eng.

Kit Siang, Guan Eng, dan Kok telah menyaman Siti Mastura atas dakwaannya dan kes itu masih belum selesai di mahkamah.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular