Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti – PM

Shopee Sale

Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkaya landskap muzik tanah air.

Beliau berkata jasa dan karya Allahyarham bukan sahaja menjadi warisan seni tetapi juga pengikat perpaduan dalam masyarakat.

“Tan Sri Ahmad Nawab bukan sekadar komposer dan pemuzik unggul, tetapi beliau adalah jiwa seni Malaysia yang telah menyentuh hati jutaan rakyat melalui karya-karya puitis yang penuh keindahan dan makna. Jasa Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai legenda yang tiada galang gantinya.

“Takziah saya utuskan kepada keluarga Allahyarham. Mendoakan roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisiNya, Insya-Allah. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Taman Melewar, Gombak, kira-kira 3.15 petang tadi.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada 10 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur-Karak di Kuala Lumpur.

MENARIK:  Bantuan RM300 buat peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - TPM

Beliau telah menghasilkan lebih 200 album artis tempatan dan Indonesia antaranya Uji Rashid, Broery Marantika, Hetty Koes Endang, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Sudirman Haji Arshad dan Ramlah Ram.

Ahmad Nawab dianugerahkan pengiktirafan sebagai Seniman Negara pada 2006 atas jasa dan sumbangannya dalam industri muzik.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular