AIM menang anugerah kewangan Islam global

Shopee Sale

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan menerusi perkongsian di Facebook rasmi beliau berkata anugerah itu adalah bagi kategori 3G Leadership Award for Microfinance 2024 dan 3G Excellence in Women Award 2024.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada AIM kerana sekali lagi diiktiraf di peringkat dunia apabila menang dua anugerah berprestij dalam industri kewangan Islam global.

“Saya cukup berbangga dengan pengiktirafan yang diterima AIM di peringkat antarabangsa yang membuktikan keupayaan dan kemampuan AIM dalam tadbir urus organisasi yang cemerlang dan perananannya memperkasakan wanita tempatan,” katanya.

Beliau berkata penerimaan anugerah berkenaan adalah sebagai bukti serta pengiktirafan terhadap kecemerlangan, pencapaian dan kepimpinan AIM dalam industri kewangan Islam.

Menurut Ramanan, beliau yakin dan percaya anugerah itu merupakan hasil kerja keras serta komitmen padu seluruh kakitangan yang disokong oleh rakan strategik yang kekal memberikan kerjasama baik untuk AIM.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua warga kerja AIM yang dipimpin Pengarah Urusan Mohamed Shamir Abdul Aziz serta sahabat usahawan AIM seluruh negara.

Menurut catatan itu, Pengarah Urusan REDmoney Group/IFN Andrew Morgan telah menyampaikan anugerah kepada Pengarah Bahagian Operasi Sabah Alwani Safiei di Adress Sky View, Dubai pada 25 April lepas.

MENARIK:  Kes saman fitnah: Na'im akan fail penghakiman ingkar terhadap Papagomo

Bagi anugerah 3G pula, AIM diwakili Timbalan Pengarah Urusan (Operasi) Jani Izwandy Che Jan menerima dua anugerah tersebut yang disampaikan Pengerusi Global Good Governance Programme Prof Humayon Dar di Shangri-La The Fort Manila di Filipina pada 29 April lepas.


  • Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan semasa berita!

    Klik:

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular