Ajak BN keluar kerajaan: Nak sembunyi buat apa, kata Shahidan

Shopee Sale

PARLIMEN | Seorang ahli parlimen dari PN hari ini menegaskan ajakan mereka supaya wakil rakyat Umno meninggalkan kerajaan perpaduan bukan sesuatu yang rahsia.

Mengulas pendedahan dibuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara itu baru-baru ini, Shahidan Kassim berkata, ajakan tersebut sememangnya pernah dibuat secara terbuka termasuk dalam ceramah.

"Itu kami bersyarah dah, tentang PN nak suruh (BN) keluar kerajaan... itu secara terbuka, nak sembunyikan apa? Semua orang sebut.

"Ucapan nak (ajak) Umno join kami itu tak berhenti kami cakap, atas semangat bumiputera Melayu dan Islam kita bersatu.

"Kita (ajak) bersatu bukan nak bergaduh dengan orang, kita bersatu nak kuat," katanya semasa sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Dakwa ahli parlimen Arau berkenaan lagi, ketika ini ada pihak yang menjadi pemecah belah kalangan orang Melayu Islam dan memetik apa yang berlaku di parlimen sebagai bukti.

Bekas menteri besar Perlis itu berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Ahmad Zahid yang mendedahkan terdapat usaha untuk memujuk supaya BN keluar daripada kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun Shahidan tidak menjawab soalan wartawan apabila ditanya jika dia merupakan salah seorang ahli politik yang bertemu Ahmad Zahid bagi membincangkan jajaran baru politik.

Sementara itu dalam perkembangan lain Ahli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid menggesa kerajaan menjelaskan kontrak melalui rundingan terus membabitkan penganjuran program Madani Rakyat zon Sabah selepas surat berkenaannya tular di media sosial.

MENARIK:  Tak perlu tangkap, Badrul Hisham tak ada kredibiliti - Sivarasa

Katanya, program itu dikatakan melibatkan perbelanjaan lebih RM10 juta dan kontraknya diberikan kepada syarikat dari Seri Kembangan, Selangor.

"Selama ini kita didendangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan Madani yang mengatakan semua projek tiada runding terus, semua melalui tender terder terbuka.

"Tapi saya nak tahu sama ada betul atau tidak, ini satu benda yang perlu dijawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Kementerian Kewangan berkaitan surat yang tular di media sosial.

"Kita nak tahu adakah itu surat layang, palsu atau betul? KIta nak minta kerajaan jawab," katanya pada sidang media bersama Shahidan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular