Akaun 3 KWSP: Ramai mahu simpan untuk persaraan

Shopee Sale

Pengenalan Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membolehkan pencarum mengeluarkan simpanan mereka daripada akaun tersebut pada bila-bila masa.

Namun, berdasarkan tinjauan rawak yang dibuat Malaysiakini, rata-rata yang ditemui lebih memilih untuk menyimpan wang caruman mereka bagi keperluan pada usia persaraan.

Usahawan, Ros Faiza menyatakan bahawa dia memilih untuk tidak mengeluarkan carumannya walaupun diberi peluang tersebut.

“Lebih baik duit itu disimpan supaya boleh digunakan untuk menyara keluarga apabila tiba usia persaraan sebab saya tidak tahu apa akan jadi pada kemudian hari,” katanya.

Peniaga, Nasirudin Hassan pula menolak peluang pengeluaran tersebut berikutan telah mengeluarkan carumannya melalui program i-Sinar yang diperkenalkan kerajaan ketika pandemik Covid-19.

Nasirudin Hassan

“Jadi saya tidak akan keluarkannya dan menyesal seperti dulu,” katanya.

Sebaliknya, Nasirudin menyeru kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

“Pengeluaran ni saya rasakan kurang membantu kerana rakyat mengeluarkan duit mereka sendiri bagi menampung kehidupan.

“Inisiatif ini boleh dikatakan hanya memberi manfaat jangka pendek selagi kerajaan tidak membantu dalam mengurangkan beban rakyat terutamanya dari segi perbelanjaan harian,” katanya.

KWSP melakukan penstrukturan semula dengan memperkenalkan ‘akaun 3’ yang membenarkan pencarum mengeluarkan wang caruman mereka pada bila-bila masa bermula pada 11 Mei.

KWSP menamakan Akaun 1 sebagai ‘Akaun Persaraan’, Akaun 2 sebagai ‘Akaun Sejahtera’ dan Akaun 3 sebagai ‘Akaun Fleksibel.’

Program pengeluaran simpanan KWSP yang diperkenalkan kerajaan ketika pandemik sebelum ini melibatkan Akaun 2.

Labur semula

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Shahmi Yusuf memberi pandangan berbeza berkenaan pengeluaran Akaun 3.

MENARIK:  Sidang DUN S'gor: Dakwaan Azmin salah, perlu minta maaf - speaker

Dia melihat inisiatif tersebut dapat mengembangkan wang simpanannya menerusi pelaburan.

Shahmi Yusuf

“Bagus juga wujudnya akaun ketiga ini kerana saya boleh gunakan simpanan tersebut untuk melabur ke dalam sesuatu.

“Walaupun rakan-rakan saya menasihati untuk terus menyimpan, saya berpendapat mengembangkannya memberi kelebihan yang lebih menarik bagi menjana pendapatan,” katanya.

KWSP sebelum ini berkata pengeluaran duit caruman melalui akaun fleksibel yang diperkenalkan tersebut merangkumi keperluan jangka pendek.

KWSP juga sebelum ini menjelaskan mengenai pecahan caruman yang akan berubah.

Sistem yang digunakan sekarang ialah 70 peratus caruman akan dimasukkan kepada Akaun 1 dan 30 peratus lagi dalam Akaun 2.

Pecahan baru yang akan dilaksanakan ialah 75 peratus ke Akaun Persaraan, 15 peratus ke Akaun Sejahtera dan 10 peratus ke Akaun Fleksibel.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular