Akmal berang pelajar sekolah agama tiada kerusi meja

Shopee Sale

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh berang dengan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selepas mendapat tahu murid-murid di sebuah sekolah agama tidak mempunyai meja dan kerusi dan terpaksa belajar di atas lantai.

Menerusi satu hantaran video di Facebooknya, Adun Merlimau itu berkata, peruntukan bagi membeli kerusi dan meja itu telah diperolehi pada akhir tahun lalu.

“Setahu saya peruntukan sudah dapat Disember tahun lepas lagi, kenapa sampai sekarang tidak dapat lagi peruntukan untuk membeli kelengkapan ini. Kesian anak-anak, ustaz tak kesian ke tengok anak-anak ni.

“Nak ambil masa berapa bulan lagi, ini sudah bulan lima. Kalau peruntukan tidak dapat lagi saya tahu la, ini sudah lama dapat,” katanya.

“Inilah saya kata masalahnya kita ambil sambil lewa. Aduan daripada guru besar kita ambil sambil lewa. Kita bagi orang ini buat. Birokrasi banyak sangat,” katanya.

Menerusi klip tersebut, seorang wakil daripada Jaim, bagaimanapun menjelaskan bahawa perolehan dari bahagian kewangan kerajaan negeri tidak diperolehi sehingga kini.

Bagi mendapatkan kepastian mengenai dana itu, Dr Akmal yang juga adalah exco kemajuan desa, pertanian dan keterjaminan makanan kemudiannya dilihat menghubungi Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Salhah Salleh.

MENARIK:  Fitnah Sultanah Terengganu: Editor Sarawak Report diarah hadir prosiding rayuan

Menerusi perbualan mereka dalam video itu, Salhah mengesahkan pihaknya sudah meluluskan peruntukan di semua sekolah dan menafikan bahawa terdapat kelewatan.

“Birokrasi Jaim yang melambatkan kerja.

“Kalau tak boleh tak apa saya bawa (mesyuarat) exco, kita rombak semula Jaim,” kata Dr Akmal lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular