Akmal bidas Pua: Bodoh itu percuma, teruskanlah kebodohan

Shopee Sale

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Ketua Pemudanya Dr Akmal Saleh membalas kritikan bekas ahli parlimen DAP, Tony Pua berkenaan skandal FashionValet.

Mohamad yang juga menteri luar - kelihatan terpancing dengan kenyataan Pua yang membandingkan keputusan Khazanah Nasional melabur dalam FashionValet tetapi tidak dalam Grab.

“Dulu awak juga yang fitnah kata Grab tu DS Rosmah punya. Dah lupa ke,” soalnya dalam hantaran di X.

Mohamad dipercayai merujuk artikel pada 2018 yang memetik Najib Razak mengkritik PH kerana menuduh isterinya memiliki Grab dan Uber.

Walaupun Najib tidak menyebut nama ahli politik DAP berkenaan secara khusus, FMT pada laporan sama turut memetik kenyataan Pua yang ketika itu setiausaha politik di Kementerian Kewangan, berkata kerajaan sedang berbincang dengan Grab.

Namun, pemeriksaan oleh Malaysiakini tidak menemui sebarang bukti Pua atau mana-mana ahli politik PH pernah membuat dakwaan tersebut terhadap Rosmah.

Bagaimanapun, terdapat hantaran dari 2016 dan 2017 yang mendakwa demikian, kebanyakannya daripada pemandu teksi.

Pada masa itu, PH bersimpati dengan pemandu teksi yang terjejas teruk apabila Grab dan Uber muncul.

Sementara itu, Akmal kelihatan berang dengan sikap Pua (gambar atas) yang memandang ringan kerugian RM44 juta yang dialami Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam pelaburan FashionValet sebagai sebahagian daripada risiko biasa dalam pelaburan modal teroka.

Akmal berkata, walaupun untung dan rugi perkara biasa dalam perniagaan namun bukan amalan menggunakan dana awam untuk syarikat yang telah mencatat kerugian selama lima tahun berturut-turut.

"Ada lagi yang luar biasa bila ada orang mempertahankannya.

MENARIK:  Serangan balai polis: Ideologi pengganas masih ada di M'sia - penganalisis

"Dia ni tahu tak, rakyat kat bawah ni nak pinjam RM10,00 buat bisnes pun payah nak dapat.

"Tak apalah, bodoh itu percuma dan teruskan lah kebodohan itu,” bidasnya.

Khazanah dan PNB melabur RM47 juta dalam FashionValet pada Mac 2018.

Pada masa itu, perdana menteri dan menteri kewangan - yang secara tidak langsung merupakan pengerusi Khazanah - ialah Najib, yang turut dipertahankan oleh Akmal.

Kerugian Khazanah dan FashionValet didedahkan di parlimen pada minggu lalu.

Selepas itu, pengasas bersama FashionValet, Vivy Yusof dan suaminya, Fadzaruddin Shah Anuar, mengambil tanggungjawab atas kerugian tersebut dan meletakkan jawatan daripada syarikat itu.

Syarikat tersebut kini sedang disiasat oleh SPRM berhubung kerugian tersebut manakala Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah menjalankan audit dalaman.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular