Akmal kecam tindakan baling bom di KK Mart

Shopee Sale

Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh mengecam tindakan membaling bom petrol di sebuah cawangan KK Mart di Bidor, Perak.

Dia berkata tindakan melampau seperti itu tidak boleh diterima.

“Sudah tentu kami (Pemuda Umno) mengecam sekerasnya tindakan melampau itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Akmal bagaimanapun berkata kempen boikotnya terhadap KK Mart akan diteruskan, tetapi menasihati mereka yang memboikot supaya bertenang.

“Bertenang dan kekal boikot, bukan bakar kedai,” katanya.

Dilaporkan bom petrol dilemparkan ke sebuah kedai KK Mart di Bidor, Perak kira-kira jam 5 pagi hari ini.

Bagaimanapun, bom petrol yang dicampak di kawasan kosong di hadapan Jalan Bruseh itu tidak menyala dan tiada sesiapa yang cedera.

Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab.

Perkembangan ini hadir di tengah- tengah kempen boikot terhadap KK Mart berhubung kontroversi stoking tertera kalimah 'Allah'.

Ketua Pemuda Umno itu, yang lantang menggesa kempen boikot berkenaan menegaskan tindakan itu perlu walaupun KK Mart dan pembekal stoking terlibat sudah memohon maaf.

Sementara itu, dalam video yang dimuat naik di laman Facebooknya sebelum ini, Akmal mendakwa dia dimaklumkan mengenai ugutan bunuh berhubung kempen kerasnya terhadap KK Mart.

Dia berkata, seseorang telah memberitahunya bahawa dia mendengar khabar angin bahawa nyawa Akmal dalam bahaya jika dia meneruskan kempen boikot.

MENARIK:  UTM sedia 19 bas, hantar 722 siswa balik raya

"Tadi dalam perjalanan ke satu program pagi tadi, saya menerima panggilan daripada seorang hamba Allah, yang mengatakan dia rasa risau dan dia kata dia dengar ada satu ugutan bunuh terhadap saya (Akmal ) yang nyatakan jika Ketua Pemuda Umno ini terus bercakap mengenai isu KK Mart, dia pasti akan kena tembak mati satu hari nanti,” katanya.

Akmal seterusnya berkata, dia akan membuat laporan polis hari ini bagi melindungi dirinya dan juga keluarganya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular