Akmal lapor polis isu ugutan bunuh

Shopee Sale

Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, berhubung ugutan bunuh yang diterimanya pagi semalam.

Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan Exco Melaka berkata laporan yang dibuat kira-kira 5 petang semalam, adalah bagi melindungi keselamatan diri dan keluarga daripada ancaman.

“Saya fikir ia perkara yang serius untuk saya melindungi keselamatan ahli keluarga, walaupun pada mulanya saya tak nak buat.

“Kita tunggu apa keputusannya selepas ini dan berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan,” katanya kepada media selepas membuat laporan tersebut.

Dr Muhamad Akmal berkata meskipun menerima ugutan sebegitu, beliau tidak akan berganjak walaupun seinci dalam isu kalimah Allah pada stoking baru-baru ini.

Beliau berkata perkara itu bukan isu politik dan perkauman, tetapi isu bagaimana umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk membela agama daripada dihina.

“Walaupun dengan ugutan yang ada ini, saya tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Ahmad Jamil Radzi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

MENARIK:  Serangan ke atas KK Mart: Lim gesa MKN bersidang

Terdahulu dalam satu video yang dimuat naik di Facebook, Dr Muhamad Akmal mendakwa ugutan bunuh itu dimaklumkan oleh seorang individu tidak dikenalinya, ketika dalam perjalanan ke satu program di Lipat Kajang, pagi semalam.

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kelantangan beliau dalam memperkatakan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah sejak kebelakangan ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular