Akmal ucap selamat kumpulkan RM100 juta kepada Jailani

Shopee Sale

Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis supaya tidak memutarbelitkan fakta atau berdalih untuk membayar saman RM100 juta kerana melompat parti.

Sebaliknya, dia berkata dakwaan Jailani bahawa Umno mahu menjadikan dia muflis dirinya sebagai tidak masuk akal serta lari daripada situasi sebenar.

"Faktanya, kamu (Jailani) yang nak tandatangan perjanjian itu tanpa ada paksaan dan kamu perlu mengambil tanggungjawab apabila melompat parti.

"Terimalah sahaja kenyataan ini dan Umno hanya menuntut balik janji yang kita sama-sama persetujui sebelum ini.

"Bagaimanapun saya nak ucapkan kepada Jailani, good luck mengumpulkan RM100 juta daripada sekarang untuk dibayar kepada Umno," katanya kepada media di sebuah majlis di Merlimau, Melaka hari ini.

Dr Akmal berkata, sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 2021, Jailani sendiri yang menandatangani perjanjian itu.

"Kita tidak memaksa dia (Jailani) untuk tandatangan perjanjian itu tetapi dia sendiri yang berbuat demikian kerana hendak sangat menjadi calon mewakili Umno dan BN.

"Jadi, dia perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dia persetujui sebelum ini," katanya.

Adun Rembia itu ketika berceramah di Meranto, Gua Musang, tiga hari lalu mendakwa tuntutan Umno sebanyak RM100 juta yang sedang didepaninya kini bertujuan untuk menjadikan dia muflis.

Mengakui dia akan berdepan dengan isu kewangan jika tuntutan tersebut dipenuhi, Jailani bagaimanapun berkata, dia akan tetap memberi komitmen terhadap keputusannya menyertai PAS kerana sedar ia adalah 'harga' yang perlu dibayar kerana meninggalkan Umno-BN.

MENARIK:  SPRM temui petunjuk baru dalam kes Scorpene

Dia - yang asalnya ahli Umno sebelum menyertai PKR dan berubah menjadi Adun bebas - diumum menjadi ahli PAS pada 16 Julai lalu.

Ia diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang turut mendakwa langkah tersebut tidak menjejaskan kedudukan Jailani sebagai Adun kerana dibuat sebelum Melaka menguatkuasakan peraturan antilompat parti.

Untuk rekod Speaker DUN Melaka Ibrahim Durum sudah memberikan tempoh sehingga Jumaat lalu kepada Jailani untuk memberikan penjelasan.

Hujung bulan lalu, Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan berkata parti itu akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Jailani bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular