Aktivis kesal berdepan tindakan berhubung hantaran terhadap perosak kuil

Shopee Sale

Seorang aktivis sosial disiasat pihak berkuasa berhubung hantaran di media sosial, selepas dia meminta tindakan diambil terhadap individu yang menghina kuil.

Menurut Dominic Damian, dia disoal siasat oleh pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), yang turut merampas telefonnya, kerana berkongsi klip video kejadian itu di X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter).

Dipercayai video yang dikongsinya itu adalah kejadian di Kampung Koh di Manjung, Perak ketika polis menahan seorang suspek berusia 35 tahun pada 6 April lalu.

Video selama 41 saat - yang dirakam oleh pelaku tidak dikenali - dikongsi oleh Damian sehari sebelumnya (5 April) dengan satu kenyataan mengatakan “Kutu seperti ini akan mengelak daripada tindakan atas alasan penyakit mental. Tolong tangkap bangkai busuk yang biadab ini."

Dia mendakwa tiga pegawai MCMC bersama dua anggota polis datang ke rumahnya pada 24 April dan memintanya mengikut mereka ke ibu pejabat polis daerah Sentul di Kuala Lumpur, di mana dia kemudian disoal berhubung ciapan di Twitter yang didakwa berunsur perkauman.

“Catatan ini setakat yang saya boleh tafsir mengikut persepsi atau hati nurani saya sama sekali tidak bersifat perkauman.

"Hantaran ini secara kebetulan telah dipanjangkan kepada PDRM juga untuk tindakan. Tujuannya supaya tindakan diambil terhadap pelaku perbuatan itu.

"Bagaimanapun, pegawai MCMC berkeras dan menegaskan bahawa hantaran itu adalah perkauman dan oleh itu dianggap dan ditakrifkan sebagai menyinggung perasaan dan mereka bertindak berdasarkan aduan," kata Damian dalam artikel editorial yang diterbitkan penulis blog Australia, Murray Hunter.

Menurut aktivis itu, pegawai MCCM memaklumkan mereka bertindak atas aduan tetapi tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai siapa yang membuat aduan tersebut.

MENARIK:  Saya tidak mahu anak-anak bukan Islam makan di stor - Fadhlina

Salah seorang pegawai MCMC didakwa memberitahu Damian bahawa dia sepatutnya membawa perkara itu kepada pihak berkuasa dan bukannya menyiarkannya di media sosial.

Sistem tempang

Dalam artikelnya, Damian berulang kali menegaskan pegawai yang mengendalikan kesnya bersikap profesional dan mempamerkan "budi bahasa yang tinggi", selain percaya mereka hanya menjalankan tugas.

Bagaimanapun, dia menyalahkan sistem perundangan yang didakwanya tempang.

“Sekiranya undang-undang itu disematkan dengan unsur-unsur kurang jelas dan menimbulkan salah tafsir, putar belit fakta, kekeliruan, kontroversi, percanggahan, konfrontasi dan bersifat konstriktif, menindas, meredam dan memecahbelahkan – sudah pasti ia cacat.

“Jika seseorang yang dianggap tidak bersalah, terpaksa melawan undang-undang sedemikian melalui proses kehakiman yang memakan masa dan mahal, adalah jelas di mana kelemahannya,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular