Aktivis tuntut Akmal, empat lain diharamkan ke Sarawak, Sabah

Shopee Sale

Aktivis politik dari Sarawak dan Sabah mahu Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh dan empat yang lain yang didakwa mereka sebagai "dalang  peningkatan ketegangan kaum dan agama, serta perselisihan sosial di negara ini", dilarang daripada memasuki kedua-dua negeri di Borneo itu.

Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dan Sabah Defenders of Ancestral Lands’ (Mopot) menggesa Sarawak melarang beberapa individu daripada wilayah tersebut.

Mereka termasuk penceramah dan pendakwah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Firdaus Wong, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, Syakir Nasoha dan juga Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Peter John Jaban

“Senarai hitam imigresen yang dicadangkan mesti termasuk individu yang mencetuskan protes dan boikot yang didorong oleh sikap tidak bertolak ansur antara  kaum dan agama, sehingga menimbulkan ketakutan dan rasa tidak selamat, serta menggalakkan sikap berpecah belah.

“Gesaan ini bertujuan untuk melindungi Sarawak dan Sabah daripada potensi gangguan dan risiko kepada perpaduan sosial,” kata Ketua Publisiti dan Penerangan Sapa Peter John Jaban dan wakil Mopot, Atama Katama.

Sehubungan itu, kedua-dua mereka menekankan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk mengawal hal ehwal imigresen sendiri seperti yang ditetapkan di bawah terma Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sarawak, khususnya, sering menggunakan kuasa autonominya untuk menghalang rakyat Malaysia daripada semenanjung yang dianggap tidak diingini.

MENARIK:  MP: Letak Padu bawah Kementerian Digital, Rafizi tak boleh dipercayai

Mengulas lanjut, mereka berkata Premier Sarawak Abang Johari Openg perlu mengemas kini senarai hitam itu dengan menambah nama-mana individu yang tidak dialu-alukan di Sarawak.

Ini kerana individu-individu berkenaan boleh menjejaskan "persekitaran yang aman, dan nilai eksklusif, toleransi dan keharmonian sosial" kedua-dua negeri itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular