Amanah gesa kaji semula pemansuhan UPSR, PT3

Shopee Sale

Amanah menggesa Kementerian Pendidikan mengkaji semula pemansuhan peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Dalam satu kenyataan, setiausaha agungnya Faiz Fadzil berkata pimpinan pusat parti dalam mesyuarat malam tadi telah membincangkan mengenai cadangan supaya dua peperiksaan sekolah berpusat itu dikembalikan semula.

“Amanah mengambil maklum cadangan pelbagai pihak termasuk golongan cendekiawan, pendidik, NGO dan ibu bapa yang mencadangkan sistem peperiksaan umum bagi pelajar Tingkatan 3 (PT3) dan Darjah 6 (UPSR) dikembalikan.

"Justeru, Amanah mengambil pendirian supaya Kementerian Pendidikan membuat kajian menyeluruh ke atas keberkesanan sistem sedia ada bagi memastikan pencapaian pelajar dapat dinilai secara holistik dan lebih efisien," katanya.

Pada September lalu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan keperluan untuk merombak dasar pendidikan negara, termasuk kekurangan peperiksaan berpusat untuk pelajar Darjah 6 dan Tingkatan 3.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kemudiannya berkata tiada rancangan untuk mengembalikan peperiksaan itu.

Sebaliknya, dia menegaskan bahawa pentaksiran berasaskan sekolah kekal sebagai pilihan terbaik untuk pelajar sekolah.

MENARIK:  Mindef sedia beri penjelasan pada PAC berhubung laporan audit LTAT

Dia juga berkata baru-baru ini antara sebab kementerian memutuskan untuk memansuhkan peperiksaan adalah untuk mengurangkan tekanan dalam kalangan pelajar.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular