Amanah tolak penjelasan, tetap mahu jawatan penyelaras DUN Hulu Bernam

Shopee Sale

Amanah Hulu Selangor terus menuntut jawatan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam dan menolak penjelasan setiausaha politik menteri besar Selangor Saifuddin Shafi Muhammad.

Naib ketuanya Mohammad Syafiq Musa juga mendakwa keputusan memberikan jawatan itu kepada Umno dibuat secara sebelah pihak, tanpa persetujuan mereka.

Katanya, setelah merujuk terlebih kepada wakil mereka dalam mesyuarat exco, Amanah mendapati “tiada keputusan akhir dibuat”.

“Lebih meragukan apabila surat tersebut dikeluarkan pada 9 Mei 2024 sedangkan apa yang dinyatakan oleh Saifuddin, keputusan dibuat pada 10 Mei 2024,” katanya yang menuding jari kepada Saifuddin dalam isu itu.

Dalam kenyataan hari ini, Syafiq mengingatkan bahawa kesepakatan secara bersama sentiasa menjadi kekuatan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.

Isnin lalu, Syafiq mendedahkan kontrak pegawai penyelaras DUN Hulu Bernam yang dipegang timbalan ketuanya, Roslin Md Zin ditamatkan untuk memberi laluan kepada Ketua Umno Hulu Selangor Mohd Isa Abu Kasim.

Roslin (kiri) dan Isa

Menurutnya, Isa sepatutnya menjadi penyelaras DUN Batang Kali namun jawatan itu diberikan kepada Saifuddin dari PKR.

Namun, Saifuddin berkata dia tiada kena-mengena dan keputusan itu dibuat oleh mesyuarat exco yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Dia justeru meminta Syafiq merujuk perkara itu kepada dua exco Amanah iaitu anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer, Anfaal Saari dan Adun Pandan Indah, Izham Hashim yang hadir dalam mesyuarat itu.

MENARIK:  [Interaktif] Berapa banyak pencen wakil rakyat?

Sementara itu, Syafiq mengingatkan bahawa PKR mendapat jawatan penyelaras parlimen Hulu Selangor yang disandang oleh ketua cabang PKR Hulu Selangor Sathia Prakash Nadarajan.

Dia justeru menuntut rundingan semula untuk jawatan-jawatan itu.

"Kami juga ingin mengingatkan agar pihak yang berkaitan tidak mengamalkan sikap lama 'kartel' dengan membawa agenda peribadi tanpa memikirkan soal kebersamaan rakan-rakan lain dalam gabungan (PH-BN)," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular