Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri

Shopee Sale

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri selama tiga hari bermula Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Terengganu ialah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Bagi Negeri Sembilan pula, amaran hujan berterusan tahap waspada itu melibatkan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Melaka dan Johor, manakala bagi Sarawak ia membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang di Sarawak hingga 4 petang ini.

Kawasan terlibat merangkumi Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu serta Miri (Subis).

MENARIK:  Gerakan dah jadi lidah DAP, dakwa Pemuda PAS Pulau Pinang

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular