Ambiga: Pencen tinggi MP 'memalukan' berbanding sumbangan mereka

Shopee Sale

Pencen seumur hidup buat ahli Parlimen adalah "memalukan", terutamanya memandangkan tahap output dan perkhidmatan yang sesetengah mereka sumbangkan  kepada rakyat, kata bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan.

Peguam itu berkata ini, khususnya mengambil kira bahawa seseorang ahli parlimen layak menerima pencen seumur hidup selepas berkhidmat hanya untuk satu penggal, dan ini amat berbeza jika dibandingkan dengan perkhidmatan awam.

Ambiga Sreenevasan

“Saya sama sekali menentang pemberian pencen kepada ahli Parlimen bersama semua imbuhan yang mereka nikmati kerana mereka tidak layak menerimanya sama sekali.

“Bagi saya, adalah memalukan jika kita membandingkan  berapa banyak elaun yang mereka dapat dengan sumbangan dan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

"Ia merugikan negara berbanding penjawat awam yang terpaksa berkhidmat lebih lama sebelum mereka layak mendapat pencen," katanya ketika dihubungi.

Ambiga mengulas kupasan artikel interaktif oleh Kini News Lab yang meneliti pelbagai jenis pencen yang menanti ahli Parlimen pada dua pilihan raya umum lalu selepas mereka mencapai usia 50 tahun dan tidak lagi memegang jawatan.

Mengambil kira jawatan berbeza yang dipegang oleh ahli Parlimen sepanjang kerjaya mereka, termasuk di peringkat negeri, Kini News Lab mendapati pencen bulanan beberapa ahli Parlimen boleh mencecah lebih RM30,000 apabila mereka bersara.

Mereka layak menerima lebih dari satu pencen jika memegang jawatan di peringkat negeri sebagai Adun atau Exco kerajaan negeri, dan juga di peringkat persekutuan sebagai ahli Parlimen, menteri atau timbalan menteri, speaker atau timbalan speaker.


BACA LANJUT: Berapa banyak pencen wakil rakyat?

MENARIK:  Bas terbalik di Lebuhraya KL-Karak: Dua maut, 13 cedera

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ahli Parlimen harus melakukan apa yang "secara moral" betul dengan menerima hanya satu daripada beberapa pencen yang mereka berhak, tetapi keputusan terpulang kepada mereka.

Perdebatan tercetus apabila kerajaan berkata ia sedang mempertimbangkan untuk meminda skim pencen perkhidmatan awam, dan mungkin menukarnya kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dalam usaha mengurangkan kos pencen yang besar.

Muhammad Khalid

Walaupun kesan pencen Ahli Parlimen terhadap pendapatan kerajaan tidaklah terlalu besar, namun kata ahli ekonomi Muhammad Khalid, jumlah berkenaan adalah besar dari segi ringgit.

Dia menjangkakan kerajaan mampu menjimatkan RM2.4 juta setiap ahli Parlimen sekiranya skim pencen itu ditukar kepada caruman KWSP. 

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular