Anak Ashaari nafi GISBH masih pegang Aurad Muhammadiyah

Shopee Sale

Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd (GISBH) hari ini menegaskan bahawa mereka tidak lagi mengamalkan sebarang amalan yang telah difatwakan sebagai sesat di negara ini.

Menjawab soalan pemberita, anak perempuan pengasas pertubuhan Al-Arqam, Khaulah Ashaari, berkata GISBH sangat konsisten untuk lagi tidak menyelewang dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Berkaitan dengan amalan, memang GISBH konsisten untuk tidak lagi mengamalkan lagi apa-apa ajaran yang dikatakan sesat, dan rasanya ada yang tahu bahawa kita (GISBH) mengikuti kursus dikendalikan pihak berkuasa termasuk jabatan agama Islam.

"Kami juga mengikuti proses istitabah (bertaubat), telah pun beri komitmen untuk tidak lagi amalkan apa-apa yang (diambil) dari zaman Arqam setelah itu," katanya di sidang media di Shah Alam hari ini.

Khaula kini merupakan pengarah salah sebuah anak syarikat GISBH dan juga ketua biro kebudayaan kumpulan berkenaan.

Menjawab soalan lain, Khaula juga menjelaskan GISBH tidak lagi mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan al-Arqam suatu ketika dulu.

Untuk rekod al-Arqam asalnya merupakan organisasi dakwah yang diasaskan Ashaari - atau nama sebenarnya Asaari Mohamad - sebelum ia berkembang menjadi kumpulan yang disahkan sesat oleh pihak berkuasa agama.

MENARIK:  Persatuan hotel soal Tiong - Hotel mana amalkan penginapan 23 jam

Al-Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994 kerana mengamalkan ajaran berdasarkan fahaman Aurad Muhammadiah.

[Laporan lanjut menyusul]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular