Dua anak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad iaitu Mokhzani dan Mirzan telah mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang memaklumkan kedua-dua anak Dr Mahathir berbuat demikian mengikut tempoh masa diberikan suruhanjaya itu.
"Mereka telah buat pengisytiharan harta kepada kami (SPRM) mengikut masa yang ditetapkan.
"Pihak penyiasatan sedang buat engagement (libat urus) dan penyelarasan dengan peguam mereka," katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.