Anak terdampar: Ambiga lontar cabaran kepada PH

Shopee Sale

Bekas presiden Badan Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan, mencabar PH membenarkan ahli parlimen mereka bertindak secara bebas semasa mengundi usul meminda syarat kerakyatan yang dipertikaikan pelbagai pihak.

Kenyataan Ambiga itu dibuat ketika pihak kerajaan berdepan kritikan berhubung rancangan Putrajaya meminda beberapa peruntukan dalam perlembagaan, termasuk mengenai status kewarganegaraan automatik untuk anak terdampar.

“Saya cabar PH untuk menggantung arahan whip dan membenarkan ahli parlimen mereka mengundi mengikut suara hati untuk pindaan yang tidak masuk akal ini.

"Ini adalah prinsip penting yang patut diperjuangkan. Kerajaan BN atau PN pun pernah tidak melakukan ini.

"Madani, ini memalukan!" ciap peguam itu di platform X petang tadi.

Ambiga berkata demikian sebagai respons kepada seruan yang semakin meningkat agar pengundi mendesak ahli parlimen mereka agar menolak usul pindaan perlembagaan yang dianggap regresif itu.

Setiap ahli parlimen yang menganggotai sesebuah parti politik sepatutnya mengundi mengikut arahan yang diberikan pemimpin mereka di Dewan Rakyat - yang digelar sebagai ketua whip.

Anggap tafsiran menteri salah

Pindaan kewarganegaraan yang dicadangkan kerajaan merangkumi beberapa isu yang berbeza.

Satu daripadanya ialah untuk memberikan hak kepada wanita Malaysia mewariskan kewarganegaraan kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Walaupun pindaan tersebut dialu-alukan, terdapat faktor lain yang dikritik kerana berpotensi untuk memburukkan isu penduduk tanpa kerakyatan di Malaysia.

Ia melibatkan anak-anak terdampar perlu didaftarkan terlebih dulu sebelum berhak mendapat kewarganegaraan.

Itu bermakna kuasa untuk memberikan kewarganegaraan kepada bayi terbabit dialihkan daripada perlembagaan kepada menteri dalam negeri.

Pada November lalu, penyokong kerajaan menyatakan mereka mungkin mengundi untuk menolak pindaan itu jika elemen regresif tersebut tidak dipisahkan daripada yang positif.

Saifuddin Nasution Ismail

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim misalnya, secara terbuka berkata dia akan mengundi menolak pindaan berkenaan isu anak terdampar tersebut.

MENARIK:  UM mohon maaf atas insiden ucapan pro-Zionis

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh juga menyuarakan kritikannya terhadap pindaan dalam versi semasa.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pula telah berulang kali menepis kritikan terhadap kerajaan. Dia juga antara lain mewajarkan pindaan itu sebagai perlu untuk mengelakkan sebarang kemungkinan disalah guna oleh warga asing.

Dia mendakwa pendatang asing mungkin akan meninggalkan bayi yang mereka lahirkan kerana menyedari zuriat mereka itu akan dianggap sebagai anak terdampar, justeru berhak diberi kewarganegaraan Malaysia mengikut Seksyen 19B, Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, aktivis berpendapat tafsiran Saifuddin terhadap seksyen itu adalah tidak betul.

Hal itu kerana seksyen 19B menyatakan bahawa untuk membolehkan seseorang bayi dianggap anak terdampar, ibu bapanya mestilah tidak diketahui.

Kabinet memberi lampu hijau kepada pindaan tersebut pada minggu lalu namun rang undang-undang berkenaan masih belum sampai ke parlimen.

Saifuddin berkata akan ada perundingan terlebih dahulu dan dia berharap pindaan berkenaan diluluskan pada tahun ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular