'Anda tidak melakukan dosa besar…'

Shopee Sale

PAS hari ini berharap pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang dikenakan tindakan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) supaya bersabar dan bertenang.

Timbalan presiden parti itu Tuan Ibrahim Tuan Man berkata apa yang berlaku ke atas mereka itu merupakan ujian kesusahan akibat tindakan menggunakan gambar Abdul Hadi Awang dalam slaid khutbah di negeri berkenaan.

Malah menurut pandangan ahli parlimen Kubang Kerian itu, pegawai terbabit sebenarnya tidak melakukan dosa seperti pelaku jenayah lain, termasuk yang menyalahgunakan kuasa.

Katanya, mereka yang dikenakan tindakan itu dianggap bersalah hanya kerana memaparkan gambar Abdul Hadi dalam slaid khutbah ketika kandungannya "bersesuaian."

"Ia bukanlah satu kesalahan besar jika diteliti apabila para pegawai itu memaparkan imej pemimpin politik yang tepat dan bersesuaian dengan ayat berbunyi: Keamanan dan kemajuan negara hendaklah dipertahankan, dan memerlukan pemimpin yang adil dan jujur, masyarakat yang harmoni, rakyat yang berdisiplin dan berbudi mulia.

"Jika paparan (pada slaid tersebut) pemimpin yang korup, pernah dituduh rasuah atau mempunyai kes jenayah, itu sebenarnya yang salah," katanya sebagai respon terhadap isu tersebut petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, pihak berkuasa menganggap kes berkenaan suatu kesalahan kerana ia melibatkan Abdul Hadi, dan dibenarkan - malah dipertahankan - jika gambar yang dimuat naik merupakan presiden parti dalam kerajaan.

"Apapun saya berharap pegawai yang dikenakan tindakan tersebut bersabar atas mehnah yang menimpa mereka.

"Anda tidak melakukan satu dosa besar sepertimana ramai pelaku salah (lain) seperti perasuah, salah guna kuasa dan pelbagai maksiat yang tidak rasa berdosa dan menyesal, bahkan terus gembira meneruskan kehidupan mereka," katanya lagi.

Harap mereka bersabar

Semalam Bernama melaporkan Jaim mengambil tindakan tatatertib terhadap empat pegawainya ekoran penggunaan gambar Abdul Hadi pada paparan infografik slaid khutbah Jumaat untuk masjid-masjid di negeri itu minggu lalu.

MENARIK:  Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Islam Melaka, Rahmad Mariman, berkata siasatan mendapati mereka yang terlibat merupakan kakitangan bahagian pengurusan nasjid.

Antara tindakan yang diambil, katanya, ialah memberhentikan mereka atau ditukarkan ke bahagian atau daerah lain.

Abdul Hadi kemudian mengecam tindakan Jaim dan menganggap pihak berkuasa agama itu sebagai "amat keterlaluan".

"Saya amat bersimpati dan terkejut dengan tindakan yang amat keterlaluan dikenakan ke atas pegawai Jaim yang terlibat," ciap Abdul Hadi di X.

Tuan Ibrahim berkata apa yang perlu dilakukan individu terbabit selepas dikenakan tindakan oleh kerajaan Melaka ialah bersabar.

"Teruskan laksanakan amanah ilmu dengan baik dan sempurna.

"Sabar dalam mentaati perintah Allah lebih baik daripada hidup yang menderhakai dan berbuat maksiat kepada-Nya," kata bekas menteri itu lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular