Angka kematian di Gaza hampiri 33,000

Shopee Sale

Seramai 32,975 warga Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang dikepung itu pada Rabu.

Kenyataan itu dibuat ketika serangan kejam Israel ke atas Gaza memasuki hari ke-180, lapor Agensi Anadolu.

Menurut kementerian, seramai 75,577 warga Palestin turut cedera dalam serangan rejim.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Israel melakukan lima pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga Palestin di seluruh Semenanjung Gaza yang menyebabkan 59 orang terbunuh manakala 83 lagi cedera.

"Banyak mayat masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan dan terbiar di jalan raya manakala pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi serangan," katanya.

Konflik Israel-Hamas menyebabkan 85 peratus penduduk di Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah krisis kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah.

MENARIK:  Empat ditahan bergaduh di kasino, saki baki terlibat diburu polis

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular