Anwar hubungi Ismail Haniyeh, sampai ucapan takziah

Shopee Sale

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada pemimpin Hamas Ismail Haniyeh atas kematian beberapa ahli keluarganya dalam serangan udara oleh rejim ganas Zionis semalam.

Perkara itu disampaikan Anwar ketika menghubungi pemimpin utama gerakan itu petang tadi, selepas mendapat berita mendukacitakan melibatkan kehilangan tiga anak Ismail iaitu Hazem, Amir dan Mohammad termasuk empat orang cucu.

“Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi dan semangat kebersamaan yang tinggi bersama keluarga Ismail serta seluruh rakyat Palestin yang telah kehilangan keluarga tersayang.

“Kehilangan nyawa insan yang tidak berdosa, terutamanya kanak-kanak dalam suasana cukup tragik ini adalah amat sukar diterima oleh mana-mana manusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri berkata Malaysia turut mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab rejim Zionis Israel yang berterusan melakukan genosid kebencian ke atas warga Palestin.

Anwar berkata serangan jijik rejim Zionis membuktikan mereka tidak mempunyai keinginan melakukan gencatan senjata seperti yang dituntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebelum ini dan tidak tunduk serta patuh kepada prinsip hukum dan undang-undang antarabangsa.

“Serangan kurang ajar oleh rejim pengecut Zionis Israel ini hanya melenyapkan sebarang harapan ke arah penyelesaian secara aman dengan prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia terus diinjak tanpa noktah.

“Malaysia sekali lagi mendesak keras komuniti antarabangsa untuk bertindak tegas dan mempertanggungjawabkan rejim Zionis Israel atas kezaliman ini dan mesti bekerja untuk menjelmakan keamanan buat rakyat Palestin yang telah secara konsisten dinafikan sejak 75 tahun lampau,” katanya.

Terdahulu Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan memaklumkan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh rejim Israel yang menyasarkan rakyat Palestin, termasuk serangan udara di kem pelarian Shati di utara Gaza, terutamanya semasa rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri.

MENARIK:  LHDN sekat 182,666 pembayar cukai ke luar negara - Lim

Menurut kenyataan Wisma Putra, Malaysia akan terus menentang dengan teguh tindakan keganasan dan genosid yang jelas dijalankan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular