Anwar: PKR jangan alpa, kuasa mampu memukau

Shopee Sale

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.

Beliau berkata bakat pemimpin muda perlu digilap dan bersedia untuk meneruskan perjuangan PKR kerana ramai individu yang mengasaskan parti itu termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta rakan-rakannya semakin berusia dan ada antara mereka sudah uzur.

Anwar berkata generasi muda tidak harus melupakan dasar perjuangan parti selama 25 tahun sejak penubuhan PKR.

“Mereka ini berjuang tanpa habuan, tanpa kedudukan tapi semata-mata demi pengorbanan. Saya harap generasi baru tidak akan melupakan jasa mereka.

“Sepertimana saya selalu sebut, kuasa itu mampu memukau, kuasa itu suatu yang gemerlapan.

"Maka ingat tentang asas perjuangan, jangan guna kuasa untuk menimbun harta, jangan guna kuasa untuk hilangkan idealisme bahawa kita pegang amanah untuk melakukan perubahan,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul di Kuala Lumpur malam ini.

MENARIK:  'Kebakaran kali kedua pusat lupus sisa toksik di Sendayan membimbangkan'

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular