Anwar: PM-PM terdahulu juga mahu laksana rasionalisasi subsidi

Shopee Sale

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah membincangkan langkah untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi sejak 1990-an ketika dia menjadi menteri kewangan lagi.

Bagaimanapun, katanya, walaupun semua bekas perdana menteri bersetuju ia perlu dilaksanakan namun tidak ada yang sanggup berbuat demikian kerana ia bukan keputusan popular.

“Tiada siapa mahu mengambil tindakan kerana ia tidak popular.

“Saya pergi ke Sungai Rokam dan sentiasa diberitahu bahawa Madani telah menjadi 'Madanon.'

“Tetapi saya tiada masalah. Saya jawab dengan fakta... Saya telah melalui banyak perkara dan berusia 70-an.

“Jadi apa yang saya buat? Saya nak yang terbaik untuk negara, saya nak buktikan bukan semua ahli politik penyangak yang mendera rakyat,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Katanya, subsidi tidak lagi boleh disalurkan kepada golongan kaya dan warga asing.

Penjimatan daripada itu, katanya, akan disalurkan semula untuk membantu mereka yang memerlukan.

MENARIK:  Suami didakwa lakukan amang seksual remaja 17 tahun, isteri bersubahat

[Berita penuh menyusul]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular