Anwar produk pelancongan untuk Malaysia – Presiden MiTDA

Shopee Sale

Lupakan keindahan alam semula jadi Malaysia - panorama pantai yang indah dan bukit bukau, tempat bersejarah atau makanan lazat.

Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Mahadzir Mansor berpendapat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

“Sebenarnya, Perdana Menteri kita Anwar adalah produk pelancongan untuk Malaysia. Ramai orang tidak tahu ini, tarikan orang datang ke Malaysia adalah kerana usaha Anwar dan kepimpinan, jadi PM adalah produk pelancongan kita,” katanya dipetik Astro Awani malam tadi.

Kenyataan itu hadir di tengah-tengah kritikan berhubung video Tahun Melawat Malaysia 2026, yang tidak memasukkan imej masjid dalam video berkenaan.

Selepas dikritik, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing berkata video itu hanyalah video teaser dan imej masjid akan dimasukkan dalam video promosi yang lebih panjang.

Tidak jelas sama ada Anwar juga akan ditampilkan dalam video penuh tersebut.

Sementara itu, selain memuji Anwar, Mahadzir juga berkata satu lagi tarikan pelancongan utama di Malaysia ialah sektor penjagaan kesihatan.

Menurutnya dia hairan apabila rakyat di negara ini masih ragu-ragu dengan kualiti perkhidmatan di Malaysia sehingga sering membuat perbandingan dengan Singapura.

MENARIK:  Media dilarang buat liputan semakan kehakiman Najib untuk tahanan di rumah

“Walhal, Malaysia jauh ke hadapan dalam pelbagai sektor dan mentaliti itu harus ditanam dalam setiap pemikiran rakyat agar mereka mempunyai jati diri yang kukuh,” ujarnya.

Pelancongan kesihatan ke Malaysia melibatkan penjagaan kesihatan sektor swasta.

Namun begitu, kebanyakan aduan mengenai penjagaan kesihatan di Malaysia berkaitan dengan hospital awam.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular