Anwar sahkan PH tak terlibat himpunan solidariti untuk Najib

Shopee Sale

PH tidak akan terlibat dalam himpunan solidariti menyokong bekas Perdana Menteri Najib Razak yang akan diadakan di Istana Kehakiman Putrajaya pada Isnin ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Pakatan Harapan tidak terlibat,” katanya yang juga Pengerusi PH itu secara ringkas.

Anwar ditanya pemberita selepas melawat dan makan tengah hari di pusat penjaja Lestari Niaga Madani @ Wirawati di Kampung Pandan, Kuala Lumpur hari ini.

Himpunan terbabit dilaporkan sebagai menyatakan sokongan daripada ahli Umno terhadap Najib yang juga bekas presiden parti terbabit.

Surat arahan daripada PAS turut tular dengan memaparkan menggalakkan ahli parti berkenaan menyertai himpunan tersebut.

Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Jan ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan titah adendum.

Mahkamah tinggi sebelum ini menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh bekas perdana menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan titah aAdendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.

Ditanya mengenai kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang mengingatkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng supaya tidak menyinggung parti tersebut, Anwar menganggapnya perkara biasa dan tiada masalah dengan penyataan berkenaan.

MENARIK:  Subsidi bersasar diesel: Rakyat resah harga barangan akan juga naik

Lim sebelum ini dilaporkan mengingatkan Umno bahawa sebarang program bersama parti pembangkang khususnya PAS termasuk berkaitan himpunan itu akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti dalam kerajaan perpaduan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular