Anwar: Seni perlu bebas, walaupun kritikal pada kerajaan

Shopee Sale

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa seni harus bergerak bebas, termasuk yang bersifat kritikal terhadap kekuasaan, dalam usaha membangun bangsa yang maju.  

“Justeru, dewasa ini seni seharusnya bergerak dengan bebas dan disemarakkan, termasuk yang bersifat kritikal terhadap kekuasaan dan dalam apa jua bentuk,” katanya.

Dia berkata demikian dalam catatan  di media sosial selepas menghadiri malam kesenian Manifestasi Tiga Seni anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur malam tadi.  

Anwar bermesra dengan hadirin, termasuk Sasterawan Negara A Samad Said

Acara itu mengetengahkan pelbagai cabang seni seperti puisi, seni lukis dan muzik.

Ia diadakan sebagai kesinambungan kepada program yang dimulakan pada lewat 1970-an untuk menyatukan masyarakat selepas tragedi 13 Mei.  

Namun, kenyataan Anwar itu hadir sehari selepas pereka grafik Fahmi Reza dipanggil ke Bukit Aman berhubung poster satira politik yang dimuat naik di media sosial.  

Fahmi disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan. 

Poster tersebut memaparkan bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman, dengan wang kertas RM100 di celah giginya, bersama teks yang menggelarnya perasuah nombor satu di Sabah.  

Sementara itu, Anwar turut hadir ke acara DBP itu bersama cucu-cucunya, yang menarik perhatian hadirin dengan keakraban mereka. 

MENARIK:  Anak Zahid dilantik ahli lembaga pengarah UPM

Sementara itu, perdana menteri juga memuji usaha DBP dan produksi kerana menjayakan acara tersebut, yang turut menampilkan deklamasi puisi oleh sasterawan, penyair, dan pendiri seni tanah air.  

Persembahan muzik malam itu dimeriahkan pelbagai pihak termasuk legenda rock tanah air ,Ramli Sarip.  

“Semangat negara Madani menggalakkan nilai daya cipta dan kreativiti, dan kita sebagai masyarakat harus menghayati dan meraikannya agar negara ini berjaya dan melonjak,” tambah Anwar.  

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular